Monday, June 30, 2008
tentang aiman

ni nak cerita pasal aiman skit.anak aku ni deman,batuk n selsema dari hari sabtu lagi.p dah klinik ambil ubat.biasalah dia p klinik cukup syok.ubat pun ok jer dia makan.doktor suka tgk dia tak takut pun bila doktok suruh buka mulut nak tgk rengkong sbb dia kata dia sakit kat situ.dok ckp merah sbb batuk.dok tanya aku bagi mkn apa anak sihat mcm tu.aku kata la mkn nasik jer.susu sampai 2 thn jer.x bagi sbb dia dah mkn semua.dia pun ah tau mau botol.tapi puting sampai hari ni la bila nak tido.satu isap n satu cium.aku suruh dia behenti isap puting ckp thn dpn nak p sekolah dh.dia kata tak apalh isap kat umah jer.aku ckap kat dia isap la sampai ke tua pun.hii..hii.hii..anak bila dah isap puting mmg susah nak behenti.ank no.2 ni aku tak mau ajar dah.biar la abg sorang tu jer.puting kat giant abis byk kat anak aku la agaknya.ok cite pasal deman plak yer.semlm mak mengasuh dia kata asyik mengamuk jer sbb tak sedap badan.makan pun tak berapa lalu.tapi mak dia buat bubur mkn la.mak dia mmg rajin n prihatin pasal budak2 ni.dia lebih teror jaga aiman dari aku.susah oiii nak cari org jaga ank kita mcm tu.kalu aiman demam aku tetap p keje sbb aku tau dia leh jaga ank aku dgn baik.lagipun umah dia on the way nak p tmt keje aku jer.aku bwk dia sekali la.kalau teruk sgt dia call aku la.tapi setakat ni dia tak penah call la kalu tak ada kecemasan sgt.cuma hari tu jer dia kena kayap.dia call suh aku bwk p klinik pasal dia gatal tak leh dok.malam tadi plak aku ni tak larat.dia nak mkn nasik ngan telor pastu dia mintak ngan aku nak ikan keli.aku terkejut la.bila plak dia pandai mkn ikan keli.mungkin dia ingat kat mana2 tu.nak tergelak juga aku.pagi ni aku tanya mak dia ada bagi dia mkan ikan keli ker semalam.mak dia ckp tak ada pun.nanti kena p cari ikan keli la bagi dia mkn.mana tau kot mengidam.pagi ni aku p hantar dia tido lagi.mengantuk pasal batuk bila nak tido.nak tido semlm sapu vickss lega la batuk tu.tido sampai pagi.ni ada gbr dia tido mlm tadi slps sapu vickss.kesian org deman....
posted by siti norida @ 6:35 PM   0 comments
Sunday, June 29, 2008
cerita aktiviti lepas gaji
lama dah aku tak update blog ni kan.almaklumlah pc aku ni jap elok jap k.o.hari ni ok plak.aku nak cerita aktiviti aku lps gaji baru ni.bulan 8 ni aku dah nak bersalin sampai la raya aku dalam pantang lagi la agaknya.so aku pun shoping la baju raya untuk aku ngan aiman.abah dia tahun ni tak buat baju katanya tak p mana sbb aku kan pantang lagi.aku tak kira aku beli juga 2 pasang kain nak buat baju kurung utk aku.aiman plak aku beli 2helai tshirt n 2 helai seluar.baju melayu utk dia aku tak beli lagi.tgk la cuti minggu ni.aku ni bukan leh jalan lama2 sakit kaki.almaklum la badan dah gemuk.minggu lepas juga aku dah dapat kunci rumah.syok la hajat nak dok umah baru lepas bersalin tercapai juga akhirnya.p tgk umah ok semuanya tak ada yang rosak pun so tak yah complain la.tirai umah aku pun dah siap tggu org kedai tu nak p pasang jer.aku nak buat grill dulu baru leh masuk barang takut org buat pelari plak barang aku.haa...ha..ha..mesin basuh,peti ais,tv semua aku dah beli.umah baru ni semua aku beli barang baru.aku kan selama ni dok umah mak mertua.jadi tak ada barang la yg aku beli lagi.kalau ada pun aku tak mau ambik satu pun.biar la dok situ.nanti aku nak balik juga hari2 cuti kan.pindah bwk kain baju jer.nanti kalu umah aku dah siap semua dalamnya aku tangkap gambar n post kat sini yer.
posted by siti norida @ 7:43 PM   0 comments
Sunday, June 22, 2008
besday muhammad aiman afiq
pada 1 jun 2008 hari tu aku ada kat pahang sambut besday aiman yang ke3.saje balik kg sebab dah lama tak ambik cuti.rai dgn adik beradik aku jer..kami buat mee sup n puding koktel.aku ngan kak nora la jadi chef hari tu walaupun kami berdua ni mak buyung.kak nora ada balik juga sebab cuti sekolah kan.tapi yang pasti memang sedap.ni ada gambar2 aiman yang aku ambik masa besday dia hari tu..



ni gambar terbaru aku....semalam baru ambik...

ni la anak sedara aku isma.anak kak nora.aiman suka buli dia.tapi dia pun leh tahan gak ni.....





dah selamat tiup lilin.


aiman dah tak sabar nak tiup kek.dia seronok pakai topeng tu.sampai sekarang dok simpan lagi.







kek ni adik aku nomy yang sponser .....










posted by siti norida @ 5:28 PM   0 comments
Saturday, June 21, 2008
dugaan sepanjang kehamilan ini
a'kum....disini ingin aku kongsikan bersama pengalaman aku mengandung anak yg ke2 ini.diawal kehamilan aku biasa la alahan sikit2 jer.cuma aku selalu pening.kerap juga ambil ubat sampai limite bayaran ubat tahunan suamiku hampir habis untuk aku.masuk kandungan 4 bulan doktor scan bb aku cakap uri aku masih dok dibawah.terkejut juga la aku.doktor kata second scan akan dibuat masa 28 week nanti.nak tgk samada uri dak naik keatas ke blum.doktor ckap takut bleeding jer.mmg aku penah bleeding pun sebelum ni tapi tak byk tapi aku tak ckp kat doktor pun takut byk plak ceritanye.doktok ckp kalau 28 week uri tak naik juga kemungkinan aku kena bersalin operation.ketar juga la dgr tu.sebab ank sulung aku bersalin normal.tapi aku berserah n berdoa semoga semuanya selamat.masa aku kandungan ku 6 bulan aku jatuh terduduk kat depan bilik air.msa tu nak mandi dalam kul 6 pg nak p keje.licin lantai, aku pun tgh mamai2 lagi waktu tu.masa jatuh tu aku tak ingat apa2 dah.jadi bingung sekejap.pastu baru aku ingt ank dalam perut aku.aku cepat2 bgn. lutut n ibu jari aku luka la.nasib la tiada bleeding.tapi bb aku tak gerak sampai la kul 10pagi lepas bidan urut baru aku rasa dia gerak.dalam kul 12 abg balik keje terus bwk aku p klinik.doktor scan cakap bb aku dok songsang plak.mungkin dia beralih masa jatuh tu.sekali lagi dugaan aku terima.doktor suh aku rujuk kat klinik yg aku check tiap2 bulan tu.aku dpt la mc tuk hari tu.masa kandungan aku 30week doktor second scan dilakukan.doktor ckap kandungan aku semuanya ok tiada masalah.aku bersyukur diatas segalanya.lepas dah semuanya ok.badan aku plak sakit2.nak berjalan hanya tuhan yang tahu betapa sakitnya aku rasakan.sampai ada ketika aku menangis kesakitan yang amat sgt.sebab tak tahan sakit aku p urut.bidan cakap anak aku dah tak mau naik.dia dah syok dok kat bawah.aku kena tahan la sampai tiba waktu bersalin.2 org bidan cakap mcm tu.ni la dugaan sepanjang aku mengandung anak ke2 ni.aku sentiasa berdoa semoga aku dipermudahkan bersalin.aku snggup hadapi semua ni hanya untukmu anakku.......
posted by siti norida @ 7:48 PM   0 comments
Wednesday, June 18, 2008
koleksi gambar-gambar aiman





posted by siti norida @ 12:03 AM   0 comments
Tuesday, June 17, 2008
gambar masa bercuti kat pantai batu buruk



posted by siti norida @ 8:30 PM   0 comments
gambar masa bercuti kat pantai batu buruk
Berjaya juga akhirnya untuk blog ni berkat pertolongan mumy n hubby mumy.tq.ni gambar aiman masa kami kat terengganu.dok kat seri indah beach resort kat pantai batu buruk.masa ni bulan 2.tengah pregnant 3 bulan.masih mabuk2.aiman kerja nak mandi kolam saja la walaupun waktu tu dia deman.siap buh ubat kat punggung lagi sebab panas badan sangat.tapi tgk kolam syok la.malam keje deman la.tak p mane pun.p pasar payang jer.aiman mengamuk jer kerjanya.badan tak sihat.ok jumpa lagi
posted by siti norida @ 8:15 PM   1 comments
Sunday, June 15, 2008
first time ni buat blog sendiri
hari ni kali pertama aku blaja buat blog sendiri.ini nak test jer.berjaya ker tak.hii.hii.hii..
posted by siti norida @ 11:16 PM   0 comments

.::Who Am I ?::.

.::Waktu::.

.::Kalendar::.


Free Blog Content

.::Catatan Lepas::.

.::Arkib::.

.::Pesanan::.


Free chat widget @ ShoutMix

.::Bilangan Pengunjung::.

.::Bloggers::.

.::Sumber Berita::.

.::Template by::.

Blogger Templates