Sunday, February 7, 2010
lamanya aku menyepi.......
buat mumy wana ni i dah update yer citer terbaru.cite lama-lama pun aku masukkan juga.aku bukan tak menjenguh blog ni cuma aku suka jadi pemerhati jer.syok baca kisah-kisah kawan2 ni.oklah yg pertama aku nak cite pasal langkawi.hari tu hubby ada ajak aku p bercuti bawak anak2 dah lama tak bawak si aiman tu mandi kolam.sebab cuti sekolah yg pjg hari tu aku tak leh cuti memandangkan keje yg berlambak kat ofis yg nak close account dan aku pun menanggung kerja ada akak sama jawatan ngan aku p haji mana la dan nak fikir bercuti2 ni kan.pastu pada 20/1/2010 sehinga 22/1/2010 aku berada di langkawi.pagi2 dah bangun siap anak2 pastu p kat jeti kuala kedah naik feri kul 8.30pg.aku bawak juga adik aku 2 org sebab diaorg mmg dok dengan aku.sorg tunggu spm sorang jadi bibik aku.aku dok kat aseania beach resort kat pantai chenang ambik bilik yang ada 2 katil besar senang kami dok sekali semua.ok la bilik tu.yg paling best kolam dia yg terpanjang di asia.aiman mmg hantu air kolam.sepanjang aku dok kat situ aku jer org melayu yg lain semua mat n minah saleh yer.korang bayangkan aku nak turun p kolam tu rasa malu yg amat sgt mcm berada di negara diaorg plak.penuh org asing dok keliling kolam tu.depa plak pelik tgk kami.biasa la kul 3.00kami turun p kolam kul 5.30 baru la aiman tu nak masuk bilik.nasib la ada adik aku 2 org tu dok layan dia.aku sejam jer pastu naik dok bilik la.ariesya plak masa tu tak berapa sihat.asyik merenget jer.petang plak baru kami kuar makan n jalan2 kat pantai chenang tu.penuh ngan mat n minah saleh jer.susah nak cari pelancong malaysia.mungkin waktu aku p tu bukan musin cuti sekolah kan.esoknya plak kami start la jalan2 di langkawi tu.mula2 bangun pagi sarapan kat hotel dulu.sarapan sampai kenyang la dah macam2 ada kan.aku ni jer makan telan2 jer dah ariesya asyik merap jer.pastu kami semua bertolak ke beras terbakar.biasa jer tempat tu ada la beras terbakar skit depan umah org jer.kat situ banyak gerai2 jual kami batik.murah2 plak tu.aku pun borong sakan la tuk mak di pahang n mak mertua tidak dilupakan juga.beli minyak gamat pun murah juga.pastu kami gerak p ke makam mahsuri plak.nak masuk kena bayar rm5 sorg budak2 free je.masuk dalam tu leh tgk makam mahsuri,umah mahsuri semua la tentang mahsuri kita dapat tau.best gak tmt tu.pastu kami gerak ker dataran langkawi yg ada burung helang besar tu...aku takut p tgk dekat2 burung tu besar yang amat.seram aku.terfikir la aku mcm mana la org nak buat tu kan.tgk macam real jer burung tu.p tangkap gambar jer kat situ.kat langkawi cuaca redup tapi teramat la panas.asyik dahaga air jer.lepas tu kami teru sbalik hotel sebab ariesya nak tido.ptg plak aktiviti mandi kolam jer.dalam kul 5.30 ptg kami kuar plak p makan laksa kat tepi airport tu.adik2 tu jual kat dgn van kecik jer.pastu dia letak la kerusi n meja mengadap laut.laksa kat situ mmg sedap giler.tu la laksa yg paling sedap yg penah aku makan.teringat lagi aku ni..nyam..nyam..yam.nasib tak mengidam.ok nanti aku sambung lain.
posted by siti norida @ 5:44 PM   0 comments
Saturday, October 3, 2009
SELAMAT HARI RAYA





























































Tahun ni giliran aku beraya di sini jadi tak balik pahang la.raya pertama aku jemput semua ahli keluarga beraya dirumah aku.jadi malam raya tu aku pun bertungkus lumus la buat persiapan utk menjamu selera esknya kan.menu aku nasi minyak,gulai daging,ayam masak merah dan acar timun buh nenas cam biasa tu.ketupat n lemang aku tempah ngan kawan ofis aku cuma rendang aku buat sendiri.hari raya tak dan nak snap gambar byk2 dah diaorang semua berkumpul umah aku.tuan rumah sibuk la.hiii.hiii...semua masakan aku mendapat pujian anak2 buah aku.ha..ha...ha...tq3....oklah disini ada la beberapa gambar yg aku sempat ditangkap.aku mmg sibuk hari tu..hiiii..hiii...
posted by siti norida @ 6:09 AM   0 comments
Monday, July 27, 2009
AIMAN YANG NAKAL
gambar ni semua adalah gambar lama.baru nak up date.gambar ni masa bulan 3 hari tu masa aku cuti seminggu balik kuantan.kami semua p mandi kat sungai lembing.sungai ni dalam kampung org jer.punya la cantik tmt tu.ngan air jernih.syok sungguh.anak2 kecik pun leh mandi pasal air cetek ada yang dalam pun ada gak.kete leh masuk parking sampai kat gigi2 air tu.aiman sekarang pandai cakap.semua yang dia ckp tu aku kena dengar n mengaku yer.kalau tak mengamuk la dia.dan la suara kuat giler.korang bayangkan kat umah pengasuh dia kalau 1 hari tu dia balik sekolah dia tertido mesti jiran pengasuh tu tanya.mcm ni diolog diorg."diam jer umah ko ani....aiman tdo ke?.mcm tu la lebih kurang.diorg pelik la.selalu meriah jer dengar suara diakan.kadang2 tgh bawak kete ada la org buat dajal sikit aku pun terkeluar la kata be****g ke bo**h ke dia cakap la kat aku mcm ni ayat dia."ibu ni cakap mcm tu tak baik la,nanti aiman ambil cabai,cabai mulut ibu".sebab tu la ayat aku bila kita kata benda2 tak elok tu.bila kena time aku dia balas la balik kan.budak2 zaman sekarang semua terlebih over skitkan...tapi tak pe la.jgn sampai tahap yg kita sendiri tak leh nak cover sudah la...
aiman,pak cik (adik no2 bongsu aku) n pak su (adik aku yg last)
diaorang memang rapat gilerrr...












posted by siti norida @ 5:52 PM   0 comments
Sunday, July 26, 2009
ariesya is one.
1 ogos 2009 genap umur ariesya 1 tahun.rasa mcm sekejap jer masa berlalu.rasa sakit bersalin tu masih terasa lagi.sukar untuk aku melupakan semua tu.perkembangan ariesya sekarang dah pandai panggil abg, abah n ma...ma... dah cekap berjalan.umur 11 bulan dah leh jln.korang tgk la gambar dia masa2 baru bersalin ngan sekarang.ada ka patut aku bwk dia p supermarket ke kedai makan ker.org mesti tgk2 kat family aku.ada sampai cakap anak u ker ni.ada ka patut.mana tak nya.aiman kan mcm ala-ala cina.mata sepet,kulit cerah n badan berisi.ariesya plak ngan halus kecik molek,kulit gelap ( tak tau ikut sapa) tak mcm abang.patut la org tanya kan.apa2pun mereka tetap anak2 aku yang sah.korang layan jer la gbr2 lama ni yer.meh aku terang satu-satu yer.


ni gambar masa sekarang

nak panjat katil hobi dia


baru lepas mandi tgk la bedak puith ibu buh sebab saya gelap


haaa......tangkap ibu...



ni masa kami berkelah kat sungai lembing masa balik kuantan bulan 3 hari tu.





masa ni umur dia 7bulan




ni masa dalam pantang






ni pun dalam pantang.korang tgk la badan dia masa dulu ngan sekarang kan.





ni masa baru 3 hari.geram aku tgk gbr dia masa ni.mcm anak jepun jer


ni pun sama umur dalam seminggu gitu la.







posted by siti norida @ 11:24 PM   0 comments
Monday, July 6, 2009
salam semuanya
lamanya aku tak update blog aku ni.tapi bukan aku tak buka langsung yer.cuma aku jadi pemerhati jer.he..he..he..oklah anak2 aku semua sihat2 jer.ariesya dah leh jalan.baru sebelas bulan.1 ogos ni genap la setahun.rasa mcm baru jer bersalin.cepat masa berlalu kan.aiman mcm biasa la.makan mcm tu juga.badan pun tetap macam tu ler.ok aku nak cerita ni.hari rabu 2minggu lepas malam tu aku terjaga kul1.30pg.tiba2 jer badan aku tak leh gerak.rasa sakit yg amat sangat kat pinggang.aku kejutkan hubby aku ckp aku tak leh gerak.dia pun terkejut la gak.aku apa lagi menangis la sebab sakit yg amat sgt bila nak bergerak tu.dah la ariesya plak nak menyusu.aku terpaksa la kuatkan semangat mengiring tuk menyusukan dia.hubby ambik minyak panas sapu kat belakang.nak p klinik waktu tu pun ingat ank2 dok tido plak.aku gagahkan diri juga tunggu sampai pagi esok.bayangkan lah aku tak leh nak buat apapun.sampai nak mandi pun hubby tlg mandikan aku.kul7pg aku ngan hubby p hantar ank2 umah pengasuh.kat sebelah umah pengasuh tu ada tukang urut.aku pun try la mengurut ngan dia sambil2 nak tunggu klinik buka.lepas mengurut aku rasa lagi la sakit.p klinik doktor kata aku salah duduk kat ofis tu yg pinggang sakit.dia bagi ubat tahan sakit.balik umah ubat tu kena telah 2 biji sehari tapi aku telah sampai 6 biji hari tu tapi masih sakit juga.jumaat n sabtu cuti aku berehat je la kat umah.rasa sakit tu masih ada la tapi aku dah leh bergerak.hari ahad aku kerja macam biasa.bila aku duduk bangun duduk bangun kat ofis mula sakit tu datang balik.aku pun pelik kenapa aku jadi mcm tu.hari isnin aku sabar lagi walaupun sakit.hari selasa aku mmg dah tak leh tahan dah.aku mintak ngan cc aku ptg tu aku tak masuk ofis dah sbb nak p check di hospital.aku pun p la hospital lama alor setar.aku ckp la kat doktor aku sakait blakang.dia pun x-ray.rupa2nya tulang belakang aku retak.baru la aku ingat selepas bersalin ariesya aku pitam jatu dalam bilik air masa dok wad tu.mungkin tu la sbbnya.cukup setahun baru la rasa sakit tu.sekarang ni pun aku bukan boleh buat keje berat2.dipendekkan cerita temujanji aku ngan doktor pakar tulang pada 25 ogos 2009 ni.punya la lamakan.tupun pasal aku ni kes tulang belakang kalau tak mungkin lebih lama lagi kata nurse tu la.sekarang ni pun aku rasa sengal2 juga.kalau sakit sgt aku makan ubat tahan sakit jer la.oklah jumpa lagi...tak leh duk lama2 atas kerusi ni sakit tu mula la menerjah tiba.nak kena bangun berjalan plak ni..
posted by siti norida @ 9:02 PM   0 comments
Sunday, May 17, 2009
klinik oi klinik
kemarin 17 mei 2009 aku bawak anak2 aku p klinik untuk timbang kat klinik kesihatan area rumah aku jer la.jadi petang aku off la.lama dah tak bwk depa p klinik.ariesya masa lima bulan aku cucuk d private sbb tak dan aku sibuk nak close acc. waktu tu.kena dalam rm120.00.rugi kan kalau kita tak guna kemudahan yg kerajaan dah bagi.tapi tak apa la hubby aku leh claim.jadi bagi aku tak de masalah la.lagi pun cucuk 5 bulan kan yang 3 serangkai tu.aku tak mau ariesya demam.waktu tu aku sibuk plak.cucuk d situ alhamdulillah ariesya tak demam.berat ariesya 7.9kg.mmg susut badan dia.umur dia skrg 9bulan 18hari.masa umur 3 bulan 7.8kg.tak pe la ank pompuan kena slim la kan.hii..hii..hii.bab adik tu ok jer.perkembangan pun dia ikut step la.tapi terlajak plak pasal dah nak leh jalan.sekarang ni dah melangkah 2 3 langkah.pastu jatuh la.jln plak bukan main laju.kalau tak tgk dia masa dia dok berdiri tu dia akan lepas tangan cepat2 nak jalan.bila org dok tgk dia plak,dia macam takut jer.mesti takut aku marah.he..hee.hee.cepat la berjalan sayang oii..senang la ibu skit..ok abang plak 1 jun ni genap 4tahun.berat dah 30.9kg.dah obesiti.mana taknya kuat makan nasik.20 mei ni kul 2.30 ptg aku kena bawak dia p jumpa doktor zat makanan untuk periksa dia takut2 ada penyakit lain.misi ckp ada yg umur mcm dia kena diabetis n kena cucuk ubat sendiri.aku naik seriau la plak dengar cam tu.apa2pun tunggu keputusan 20mei ni mcm mana.harap2 aiman kamu tak ada masalah.susah hati ibu fikir tentang kamu.balik jer rumah kamu tau tanya nasik ada tak ibu.tu jer la ayat kamu yg ibu mmg dah lali dengar.lepas ni kamu mesti kena kurang makan..lagi pun dia ni cepat penat.berlari skit sat lagi sakit perut n muntah la.tu yg aku takut.ok la.ni ada gambar aiman kemarin lepas balik sekolah.mmg badan dia berisi sgt2.spek mata tu untuk org berenang tau.dia paksa aku beli dia kata nak mandi kolam kat hotel.bila la aku ni nak p hotel pun aku tak tau.tunggu la adik kamu besar skit la aiman yer...sekarang ni ibu tak menang tangan ngan adik kamu yang sgt2 aktif tu.kalah kamu masa kecik dulu tau...ok la ibu sayang kamu berdua.i lebiu.


saya lah pendekar perut boroiiiiii
posted by siti norida @ 6:28 PM   0 comments
Saturday, May 16, 2009
ariesya nak masuk 10bulan
lama dah aku tak up date blog ni kan.dah bersawang berhabuk n ber ber yg seangkatan dgn nya la kan...korang tgk la gbr yang sempat aku snap gelagat ariesya ni.aku mmg malas nak update sebab sekarng ni sibuk n gbr2 terbaru pun tak ada.malas nak snap.




ni dah tak larat selepas buat keje2 rumah.aktiviti isap jari n nak nenen pastu zzzzzzzzzzzz la.apa lagi.
ni plak suka sgt dok tarik reben kat leher penyu tu.nak gigit la tu.tu baru dok tarik2.jap lagi masuk mulut la.

ni plak acara nak duduk tak pandai.bila bangun bergantung kat meja cukup cekap dah.tapi bab2 nak duduk balik ni yang selalu dok telentang kepala di lantai tu.kira2 hari2 mesti dapat sakit kat lantai tu.sekarang aku buh karpet.bila jatuh tak la kena tai tu .kurang la sakitnya kot.tapi menangis suara kuat cam tu gak.


almari aku semua dia pandai buka dah.tempat2 tersorok tu la port dia yang paling dia suka.tu baru nak start enjin.pinggan mangkuk aku dalam tu dia dah pandai ambik.bila dapat pegang tu dia ckp tak behenti la.seronok la dapat barang.aku la seriau pinggan aku takut pecah.tapi aku sentiasa dok perati dia la.kira tak leh buat keje apa la.nasib la hubby aku tlg buat keje2 rumah gak.dia pun jenis macam aku gak tak leh tgk rumah semak2.dia akan kemaskan.kira aku tak letih sgt la bab2 umah ni.sama-sama buat.




posted by siti norida @ 5:33 PM   0 comments

.::Who Am I ?::.

.::Waktu::.

.::Kalendar::.


Free Blog Content

.::Catatan Lepas::.

.::Arkib::.

.::Pesanan::.


Free chat widget @ ShoutMix

.::Bilangan Pengunjung::.

.::Bloggers::.

.::Sumber Berita::.

.::Template by::.

Blogger Templates